JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 3 terakhir)
Untuk memahami post ini, tuan-tuan dan puan-puan pembaca boleh melihat siri bahagian 1 dan 2 seperti berikut :
: JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 1).
JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 2)
Setelah kita memahami (sedikit sebanyak) tentang fork dan fungsinya serta perbezaan antara fork konvensional dan fork USD kini kita boleh lihat pula penggunaan fork ini dalam motor offroad atau motocross.
Dalam gambar di atas, ada dua jenis fork yang digunakan. Gambar sebelah kiri fork Konvensional dan gambar sebelah kanan ialah fork USD.
Terdapat pendapat yang beranggapan bahawa fork USD adalah lebih baik daripada fork konvensional dalam setiap situasi. Tidak semestinya.
Advantage menggunakan fork USD ialah ia meningkatkan kekukuhan (rigidity) dan menentang flexibility, namun kadang-kadang flexibility ini diperlukan. Fork USD diciptakan untuk menerima beban stress yang tinggi seperti menyerap hentakkan ketika landing selepas melompat bukit motocross dan menahan keadaan stress apabila membrek pada kelajuan tinggi sewaktu mengambil selekoh (corner).
Bila flexibility diperlukan?. Kita lihat melalui 2 tugas penting fork iaitu mengawal motorsikal dan menyeraphentakkan. Kita lihat bagaimana flexibility mempengaruhi dua tugas ini :
Pertama : Flexibility vs kawalan
Kita perlu mengawal motosikal. Apabila kita memusingkan handle bar, kita mahu tayar hadapan berpusing dengan serta merta tanpa wujud kelewatan. Sewaktu ini flexibility amat diperlukan.
Kadang-kadang kurang flexibility ini menyebabkan kawalan handle bar lebih baik tapi ada kelemahan jika terlalu kurang flexibility iaitu apabila tayar hadapan deflected (terbias) dibahagian tepi disebabkan batu atau bonggol dihadapan, impak itu akan dirasai terus ke handle bar dan tangan penunggang. Keadaan ini akan menyebabkan motosikal dirasai kurang stabil dan perasaan “nak jatuh” akan muncul. Ini kesan apabila fork USD dipasang kukuh pada diameternya yang besar itu.
Sebaliknya pada fork konvensional yang lebih flexsibel, jika terjadi perkara yang sama, fork mempunyai sedikit flexibility. Kawalan motorsikal dirasakan lebih baik. Sebab itu, terdapat motorsikal masih menggunakan fork konvensional kerana ingin mengekalkan advantage flexibility ini seperti Scrambler.
Kedua : Flexibility vs penyeraphentakkan
Apabila fork menghentam halangan seperti batu atau bonggol dihadapan, fork akan compress untuk menyerap hentakan yang berlaku. Kita memikirkan bahawa, apabila terkena halangan, tayar akan naik ke atas mengikuti compression fork secara selari. Walaubagaimanapun, anggapan ini tidak semestinya benar. Ada juga hentakan yang menyebabkan stress bukan secara selari kepada fork (ke kiri dan ke kanan)
Walaupun fork yang lebih kukuh seperti Fork USD akan menghantar sedikit kesan hentakkan terus ke handle bar dan tangan penunggang, tuning yang betul kepada fork spring akan mengurangkan kesan ini. Dengan menggunakan handle bar yang lebih flexible juga akan membantu mengurangkan kesan gegaran kepada tangan penungggang.
Masalah akan lebih sukar apabila motosikal disendengkan ke sebelah (sideway). Apabila tayar mengenai batu atau bonggol, tekanan bukan sahaja bertindak selari ke atas dan kebawah fork tetapi akan cuba untuk menekan fork dari kiri ke kanan atau sebaliknya (vertical and sideway).
Fork USD yang lebih kukuh akan menentang pergerakanke sebelah ini (sideway motion) dan membuang tayar kesebelah (drifting) manakala fork Konvensional akan” menyerap” sedikit kesan impak ini dan masih mengekalkan laluan tayar yang sama. Serapan fork konvensional akan menyebabkan kawalan dirasakan sedikit mudah dan membantu penunggang untuk mengawal dengan lebih baik berbanding fork USD.
Jadi yang fork yang mana menjadi pilihan kita?.
Semua faktor kejuruteraan ini ada compromise dan tidak semestinya baik dalam semua situasi. Jika kita menunggang di atas pavement secara aggressive mungkin kita akan lebih menggemari apa yang fork USD tawarkan. Begitu juga jika kita menunggang secara aggressive di atas jalan off road dan trek yang ada jumping dan halangan-halangan berbukit. Fork USD akan dirasakan lebih baik walaupun terpaksa mengimbangkan sedikit kekurangan fork USD sewaktu sideway motion. Fork USD memang diciptakan untuk menyerap hentakan yang lebih kuat dan menerima stress sewaktu mengambil selekoh apabila motorsikal disendengkan secara laju.
Fork konvensional pula mempunyai kelebihan apabila menunggang di kawasan yang sederhana extreme seperti off road yang sederhana. Jika menunggang secara sederhana di kawasan yang berpasir, kawasan yang memerlukan cengkaman tayar yang lebih dan kawasan yang memerlukan motorsikal disendengkan secara maksimum sewaktu mengambil selekoh fork konvensional lebih baik. Advantage fork konvensional akan lebih kelihatan apabila tayar hadapan diperlukan untuk tunggangan di atas akar kayu, batu-batu dan halangan kecil yang lain.
Nota akhir:
Seorang yang novice dalam motocross mungkin akan mengawal motorsikal dengan lebih baik jika menggunakan fork konvensional walaupun terdapat kekurangan. Ini dapat dilihat apabila mengambil selekoh. Fork konvensional akan membantu kawalan dengan lebih baik.
Manakala, lebih berat motosikal itu dan lebih focus kepada pemanduan extreme, advantage kepada fork USD lebih menyerlah.Pada masa ini dengan teknologi terbaru terdapat Fork udara dan separate function fork yang menggunakan udara menggantikan minyak atau sebahagian minyak dan mempunyai fungsi berbeza untuk memudahkan setting pada setiap fork berbanding kaedah terdahulu.
Sekian, post mengenai fork. Walaupun ringkas, diharap post ini dapat memberi sedikit sebanyak penerangan tentang fork motorsikal kita.
Bahagian 3 tamat.
0 Response to "JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 3 terakhir) "
Posting Komentar