JENIS FORK DALAM MOTOCROSS : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 2)
Kebaikan dan keburukan (Fork konvensional vs fork USD).
Kalau ikut pembacaan saya, kedua-dua fork ini ada pro dan kontranya yang tersendiri. Mengikut sejarah, fork konvensional muncul terlebih dahulu dan kemudian inovasi menyebabkan terciptanya fork USD. Walaubagaimanapun, post ini adalah berkenaan kegunaan fork konvensional vs fork Upside Down (USD) bagi motocross dan scrambler dan yang seangkatan.
Jika merujuk kepada gambar di atas, kita telah dapat mengenalpasti jenis fork berdasarkan fungsi komponen-komponennya. Kepada yang belum kenal, boleh membaca penerangan daripada post : JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 1).
http://arztman.blogspot.com/2014/02/jenis-fork-motocross-scrambler.html
Kebaikan keburukan fork konvensional.
1. Dalam rekabentuk Fork conventional, slider (slider :mengandungi spring, minyak fork dan lain-lain alat kelengkapan untuk membolehkan stanchions belah atas tu bergerak sebagai penyerap hentak.) berada dibahagian bawah dan memegang kedudukan tayar hadapan. Dengan cara ini stanchions akan bergerak ke bawah ke arah slider. Jadi fork konvensional lebih ringkas tindakan mekanikal dalam menyerap hentakan.
2. Fork konvensional juga dapat mengurangkan maintainance kerana minyak didalam fork lebih selamat berada dikedudukan bawah.(Kurang kebocoran jika seal lemah).
3. Fork konvensional lebih flexible kerana batang yang lebih kecil diikat kepada Triple Clamp.
4. Walaubagaimanapun, fork konvensional lebih terdedah kepada elemen :
a. Slider berada dikedudukan bawah. Komponen dalam slider boleh terjejas kerana terkena batu atau sentuhan-sentuhan muka bumi.
5. Fork konvensional diikat ke triple clamp pada stanchions yang memiliki diameter batang yang lebih kecil daripada slider. Saiz diameter triple clamp menentukan kekuatan pegangan clamp tersebut. Lebih kecil, lebih kurang kekuatannya (lebih fleksibel)
6. Fork konvensional kurang tahan kepada stress beban dengan baik. Ini disebabkan rekabentuk menjadikan fork conventional sentiasa berada dalam keadaan stress dimana beban sentiasa dikenakan kepada komponen slider.
Kebaikan keburukan fork Up Side Down (USD)
1. Dalam fork USD, Slider yang mengandungi komponen penting didalamnya berada dikedudukan atas dan diikat ke triple clamp. Stanchions akan bergerak ke atas untuk menyerap hentakan. Kedudukan ini membolehkan fork menerima stress beban yang tiba-tiba dengan lebih extreme.
2. Fork USD lebih kukuh kerana diikat ke triple clamp pada slider yang lebih besar diameternya, walaubagaimanapun, ia kurang flexible kerana kekukuhan ini.
3. Slider pada fork USD kurang terdedah kepada elemen kerana berada di kedudukan atas, tetapi stanchions perlu dilindungi. Sebab itu kebanyakkan fork USD akan dipasang dengan guard.
4. Fork USD meningkatkan kekukuhan motosikal dan menentang fleksibility .
Contoh : Gambarajah keratan rentas bagi sebatang fork. Boleh anda tentukan jenis bagi fork dalam gambarajah ini?.
Bersambung dalam Bahagian 3…
0 Response to "JENIS FORK DALAM MOTOCROSS & SCRAMBLER : KONVENTIONAL FORK DAN UPSIDE DOWN FORK (USD) (Bah. 2)"
Posting Komentar