SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua?. Aku harap semua pembaca dan kawan-kawan sekalian dalam keadaan sihat hendaknya.

Tahun 2013 telah melabuhkan tirainya, tahun 2014 telah menjelma membuka lembaran baru. Tahun lepas merupakan tahun yang agak mencabar. Banyak aktiviti yang dijalankan memerlukan comittment yang tinggi, pengorbanan masa, wang dan tenaga dicelah-celah kesibukan bekerja yang juga sangat mencabar dalam tahun 2013.

Tahun 2014 ini dimulakan dengan agak suram bagi aku dan geng-geng motor yang sewaktu dengannya. Musim hujan bro...lengai sikit la nak adjust aktiviti ni. Pastu kesibukan kerja tahun baru serta rehatkan motor untuk servis.

Tahun ini kumpulan kami akan menumpukan kepada kejohanan motocross borneo yang akan bermula seawal bulan April 2014 jika masih dianjurkan la, kemudian cadangan untuk meneroka lokasi trail baru dan mungkin upgrade CC bagi sesetengah orang. Hehehe siapa?, kita tengok dulu nanti. Kalau sapa-sapa nak join team sangat-sangat dialu-alukan. musuh jangan dicari bro, kawan biar ramai, kekasih biar satu. Chewahh.

Bagi blog ini pula, 2014 yang menjelang ni, aku akan cuba mencari bahan-bahan baru dan pengisian-pengisian yang berguna berdasarkan pengalaman. Jika ada mana-mana individu atau pihak yang ingin memberi cadangan dan bimbingan, sila berhubung terus ke arztman@gmail.com. 

Ilmu perlu dituntut dan aku suka menuntut ilmu asalkan yang baik-baik. Kalau komen atau kritikan aku akan terima asalkan ada budi bahasa. Kalau nak maki-maki sapa pun boleh bro, berlambak dalam pasaran dahh!!!, buang masa anda je.."Be professional less emotional "

Sekali lagi, selamat menyambut tahun baru...Terima kasih kerana menyokong blog ini. 


arztman@blogspot.com

0 Response to "SELAMAT TAHUN BARU 2014"

Posting Komentar

Entri Populer