Apa yang perlu ada untuk membeli barang di ebay

E-bay. Pusat membeli belah online.

 Aku cerita bab beli barang motor je la. Kalau baju anak, baju dalam ke, jam ke apa ke aku tak cerita la. Mungkin ramai lagi otai-otai ebay diluar sana. Ini aku cerita pengalaman aku. Orang lain punya pengalaman dia punya sejarah hidup la ekk. Mungkin dia cerita tempat lain.

Ok. Aku banyak guna ebay untuk membeli spare part motor. Saluran lain atau alternatif daripada pembelian di kedai-kedai atau agen-agen. Maknakata bukan 100% aku bergantung pada e-bay. Kadang-kadang je.

Apa yang perlu ada sebelum buat pembelian di e-bay:

1. Email - untuk uruskan maklumat pelbagai la.

2. Kad kredit (visa/master card). Kalau takde kad kredit jangan risau, guna je debit card (visa/ mastercard tapi selalunya visa). Pastikan berisi la ye. Kalau bayar kad kredit minimum je setiap bulan, tak dapat jack, baik lu pergi IKPK atau kira semula akaun bulanan you all. Jimat kat mana patut.Kalau kena jual motor lu jual la. Kang masuk kategori keberhutangan serius. Bankrupsy oooo. Tak pasal-pasal menyusahkan diri dan keluarga. Awas.

3. Akaun pay pal. (Optional ni, tapi ada lebih baik). Aku guna akaun Paypall. Caj kad kredit ke akaun pay pall dulu pastu baru beli. Kenapa? 
a. Keselamatan kad kredit.
b. Pay pall ada warranti pemulangan wang.
c.Pay pall boleh tolong denda penjual tak jujur tu.(selain ebay sendiri).

4.Alamat pos. Tempat yang boleh pejabat pos hantar barang laa.

5. No telifon. Handphone pun takpe asalkan dapat digunakan. Jangan misteri sangat broo, telifon ni selalunya untuk 2 perkara :
a. Pejabat pos telifon nak hantar barang.
b.Pihak kastam Malaysia nak telifon bagitau barang dah masuk Malaysia tapi belum declare. Kena pi bayar cukai dulu.

6. Spesifikasi barang yang nak dibeli. Kalau motocross, kena tahu model, tahun production pastu part mana. At least la. Lebih baik kalau tahu nombor siri part tu. Lain model, lain tahun, lain part ooo. Tak sama. Nak mudah, you all beli buku maintainance motor model yang you all guna, dalam tu ada semua nombor siri dia. Guna nombor tu untuk search dalam ebay. Jangan main agak-agak je bro, kang salah model susah. Jauh tuuu.

Apa yang perlu dibuat semasa search ebay.

1. Search barang atau part ikut spesifikasi. Contoh : 2001 YZ125 rear shock absober bearing.

2. Tengok dealer yang muncul. Utamakan yang ada bintang banyak sebab boleh dipercayai kualiti dan penghantaran.

3. Tengok harga barang, cari yang berkenan.

4.Semak spesifikasi barang. Seswai ke tidak. Ye ke tidak. Tengok review kat blog lain kalau perlu. Kalau berkenaan saiz macam baju, semak saiz dulu kat web site pengeluar. Maklumlah, orang putih badan besar. Takut saiz tak sama.

5.Semak warranty penjual. Kalau yang banyak bintang selalunya ada warranty atau penghantaran balik kalau barang tak ngam. Baca betul-betul.

6.Semak postage cost. Harga postage ke Malaysia. Ada penjual yang tak hantar ke Malaysia. Kena contact balik penjual melalui email tanya. Kadang-kadang memang barang tu tak dijual ke Malaysia. Kalau jadi macam tu, kita kena pi cari website yang tawarkan pinjam alamat di US. Cerita lain la tu. Panjang sangat pulak nanti.

7. Buy now atau bid- Ikut suka la. Kesan sama je iaitu nak beli barang. Aku selalu buy now je. Jarang nak bid. Pas tekan buy tu, follow la instruction e bay tu. Waktu ni la korang kena guna  Apa yang perlu ada sebelum buat pembelian di e-bay tadi.

Tips

1. Beli barang dari satu penjual. Selalunya penjual akan beri rebet atau diskaun kalau beli item lebih. Dapat murah sikit.

2. Lihat combination postage cost. Kadang-kadang berbaloi beli barang lebih dari satu kalau dapat diskaun untuk postage cost.

3.Bina hubungan dengan penjual.Untuk future ni. Kadang-kadang aku dapat extra item. Free of charge pulak tu. Sebab penjual kenal.

4. Tengok kadar tukaran asing. Waktu duit RM kita kuat, waktu ni la kita beli barang.Contoh : USD 1.00 / RM 2.90....terbaikk. Selalunya USD 1 /  RM 3.20 la...leh la jimat RM 0.30 per USD Broo..

5. Beli barang bawah RM500.00. Kalau lebih dari nilai ni akan kena cukai. Pengiraan dia :

Barang takde dalam jadual

(Kos barang + kos pos ) x 10% = Jumlah cukai perlu dibayar. 

Kalau barang motor ada dalam jadual,

(kos barang +kos pos) x 10%+20% = Jumlah cukai perlu dibayar.

You all boleh dapatkan keterangan atau maklumat lanjut kepada pihak kastam. Itu setakat yang aku tahu dan pernah kena.  Sebab tu kot kereta motor luar negara mahal ye tak?..bukan urusan aku nak pikir tu...pandai-pandai la ekkk.

So you all boleh calculate la, nak combine shipping ke atau nak separate shipping untuk jimat kos cukai kat Malaysia. Kalau laluan halal semua benda ni dah declare siap dah. Tengok la yang mana lebih jimat.

6. Follow up melalui e-bay. Selalunya penjual akan update nombor siri penghantaran kepada kita. So kita boleh tracking barang tu ada dimana. Tengok penjual la, kadang-kadang ada yang proses sampai tiga hari dan ada yang proses segera.  Tengok negera mana pulak. Kalau Hongkong atau China selalunya cepat sikit sebab dekat. US Selalunya 2 minggu baru sampai.Lebih kurang macam tu la.

Orett. Setakat tu dulu.Last sekali jangan lupa bayar kredit kad. Debit cart Visa tu tak pe sebab kena ada duit dulu baru pakai. Ingat, main motor jangan sampai menyusahkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.






 

 




 


0 Response to "Apa yang perlu ada untuk membeli barang di ebay"

Posting Komentar

Entri Populer