Berita Dukacita : Pemergian Abang Ipar (Mohd Nazri Bin Che Man) pada 22hb Disember 2013

 AL-FATIHAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tanggal 22hb Disember 2013 menjadi suatu hari yang mendukacitakan bagi pihak keluarga saya, sahabat handai dan rakan-rakan yang mengenali MOHD NAZRI BIN CHE MAN. Beliau kembali ke Ramahtullah pada pukul 11.48 malam. Mengikut catatan doktor, ia disebabkan oleh serangan jantung acute.

Pemergian arwah juga amat saya rasai. Kebetulan pada tarikh tersebut saya pulang bercuti ke kampung dan sepanjang hari sebelum pemergian arwah, kami meluangkan masa bersama dan secara kebetulan juga saya berada bersama arwah membawa beliau ke hospital sehinggalah saat beliau menghembuskan nafas terakhir.

Arwah adalah seorang yang tidak banyak bercakap dan gemar tersenyum. Beliau juga suka membuat jenaka dan amat disenangi orang kampung kerana beliau banyak membantu dari segi tenaga dan juga kewangan. Beliau pergi dalam umur 43 tahun dengan meninggalkan seorang balu (Kakak Saya) dan tiga orang anak yang masih bersekolah.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

AL-FATIHAH .


0 Response to "Berita Dukacita : Pemergian Abang Ipar (Mohd Nazri Bin Che Man) pada 22hb Disember 2013"

Posting Komentar

Entri Populer